2.6.13

Keikhlasan


Bismillah

Orang kata, nak buat baik kena ikhlas. Kalau tak ikhlas, tak dapat pahala. Yada yada yada..

Tapi, ikhlas?
Apa itu ikhlas?
Macam mana nak tahu kita ni ikhlas tak?

Ya, ikhlas itu dalam hati. Ikhlas itu hanya kita yang tahu dan hanya Allah yang boleh nilai. Dan orang selalu cakap, ikhlas tu "ibarat semut hitam di atas batu yang hitam pada waktu malam yang gelap". Kalau betullah kata-kata itu kan. (maaf, saya kurang tahu) Which means, kita jangan sesekali nak judge orang tu ikhlas ke tak.

Tapi, what if, kita nak nilai sendiri keikhlasan diri kita? Kalau ibadah fardhu tu, mungkin kita akan sedar, maknanya kita rasa yang kita buat tu kerana Allah. Kalau betullah ikhlas. And, tak dinafikan, masih ada lagi rasa terpaksa, rasa malas tu. And kita boleh judge sendiri tahap keikhlasan kita. 

Tapi, kalau amalan harian yang biasa? Mundane daily routine? Sebab kita ni, as orang Islam, setiap amalan kita dikira sebagai ibadah as long as kita buat tu ikhlas dan mengikut syarak. Macam mana nak kata kita ni ikhlas? Sebab perasan tak, kita lakukan semua tu dalam keadaan tidak sedar. Kita, as manusia biasa. Or, nak kata, saya lah senang. Sebab saya cakap ni pasal diri saya sendiri jugak. 

Adakah hanya dengan ada kita sebut, or atleast terlintas dalam hati "ok, aku mandi pagi ni kerana Allah", baru dikira sebagai ibadah? Ataupun sekadar kita sedar yang kita perlu mandi, supaya kita segar and boleh jalani kehidupan harian. Yang tu dikira ibadah ke? Macam mana pulak kalau kita buat tu in autopilot? Sekadar buart. Tak dapat pahala apa-apa ke?

Itu kalau tugas tugas biasa. Kalau rutin harian tu melibatkan benda yang lebih susah. Misalnya tanggungjawab seorang surirumah yang tugasnya memang tak pernah habis. Ataupun nak kena menjaga orang tua yang sakit yang banyak kerenah. Sebab, sampai satu tahap, akan timbul perasaan letih, malas, I-have-enough-of-this-! punya perasaan. Tapi adakah perkara yang dia buat tu sia-sia tanpa tercatat pahala untuk dia?

Well, sebab kita manusia, dan kita hamba. Tugas kita hanya lakukan apa yang diperintahkan, buat apa yang kita perlu buat. Malas macam mana sekalipun, rasa terpaksa macam nak hantuk kepala pun, atleast kita masih buat. Dosa pahala tu Allah yang bagi. Yakin dengan sifat Ar-Rahman Allah. 

Wallahualam.

1 pengkritik:

Lutfi Azmi said...

ok gambar last tu comel >.<