15.7.13

Belok-belok

Bismillah..

Saya ni bakal jadi student medic. (InsyaAllah) Dan saya memang minat medic. Ya. Sangat sangat minat nak belajar segalanya tentang sistem tubuh manusia. Ini serious. Ini bukan sarcasm atau apa.

Tapi, pada masa yang sama, saya banyak minat lain. Saya minat komputer, IT, html coding, multimedia, edit edit gambar, buat video and yang sewaktu dengannya. Saya minat akaun, debit kredit, segala imbangan duga yang akan stress bila tak balance. Saya minat membaca, main sudoku, all sorts off puzzle yang buat sakit otak. Saya minat sports, berlari, trekking, hiking, flying fox and everything that involves adrenaline rushing through my veins. 

Isunya sekarang, macam mana nak cater segala minat tu kalau being a medic student means focusing on your study and achieving good grades? Yes, I can still join all these things, but surely there are things that I need to sacrifice. Gilo laa kalau setiap minggu kau nak pegi trekking akak oii! And memang tak laa pegi amek buku SPM semata mata sebab nak buat imbangan duga di saat letih baca buku medic yang tebal tebal tu kan? 

Jadi solusinya, PRIORITIZE! Awak sekarang ni student first. Focus on tanggungjawab as a student. Benda lain tu sampingan. Buat jugak tapi sampingan. Jangan jadi student yang satu arah je. Dalam hidup ni jalan tu ada simpang siur, bengkang bengkok nya jugak. Itu yang jadi menarik. Tapi jangan sampai tersesat. OK?

And I still believe I will never be extraordinarily good in something. :(

11.6.13

Bermula di Facebook
You IM I dulu
Tak tahu malu
I malas nak layan, so I buat tak tahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you, membuat I terjatuh..

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang-panjang, makan dan tengok wayang

Sikit-sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya I cuma test you saja

Let me tell you that I love you and I never wanna wrong you
Take my hand baby, come go through with me
Let me tell you that I miss you and I never wanna lose you
You're my heart, baby
My life is incomplete without you.

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to  be mine forever

Please be mine forever...

Ok, dah. Takde kaitan pun sebenarnya. Kbai.

2.6.13

Keikhlasan


Bismillah

Orang kata, nak buat baik kena ikhlas. Kalau tak ikhlas, tak dapat pahala. Yada yada yada..

Tapi, ikhlas?
Apa itu ikhlas?
Macam mana nak tahu kita ni ikhlas tak?

Ya, ikhlas itu dalam hati. Ikhlas itu hanya kita yang tahu dan hanya Allah yang boleh nilai. Dan orang selalu cakap, ikhlas tu "ibarat semut hitam di atas batu yang hitam pada waktu malam yang gelap". Kalau betullah kata-kata itu kan. (maaf, saya kurang tahu) Which means, kita jangan sesekali nak judge orang tu ikhlas ke tak.

Tapi, what if, kita nak nilai sendiri keikhlasan diri kita? Kalau ibadah fardhu tu, mungkin kita akan sedar, maknanya kita rasa yang kita buat tu kerana Allah. Kalau betullah ikhlas. And, tak dinafikan, masih ada lagi rasa terpaksa, rasa malas tu. And kita boleh judge sendiri tahap keikhlasan kita. 

Tapi, kalau amalan harian yang biasa? Mundane daily routine? Sebab kita ni, as orang Islam, setiap amalan kita dikira sebagai ibadah as long as kita buat tu ikhlas dan mengikut syarak. Macam mana nak kata kita ni ikhlas? Sebab perasan tak, kita lakukan semua tu dalam keadaan tidak sedar. Kita, as manusia biasa. Or, nak kata, saya lah senang. Sebab saya cakap ni pasal diri saya sendiri jugak. 

Adakah hanya dengan ada kita sebut, or atleast terlintas dalam hati "ok, aku mandi pagi ni kerana Allah", baru dikira sebagai ibadah? Ataupun sekadar kita sedar yang kita perlu mandi, supaya kita segar and boleh jalani kehidupan harian. Yang tu dikira ibadah ke? Macam mana pulak kalau kita buat tu in autopilot? Sekadar buart. Tak dapat pahala apa-apa ke?

Itu kalau tugas tugas biasa. Kalau rutin harian tu melibatkan benda yang lebih susah. Misalnya tanggungjawab seorang surirumah yang tugasnya memang tak pernah habis. Ataupun nak kena menjaga orang tua yang sakit yang banyak kerenah. Sebab, sampai satu tahap, akan timbul perasaan letih, malas, I-have-enough-of-this-! punya perasaan. Tapi adakah perkara yang dia buat tu sia-sia tanpa tercatat pahala untuk dia?

Well, sebab kita manusia, dan kita hamba. Tugas kita hanya lakukan apa yang diperintahkan, buat apa yang kita perlu buat. Malas macam mana sekalipun, rasa terpaksa macam nak hantuk kepala pun, atleast kita masih buat. Dosa pahala tu Allah yang bagi. Yakin dengan sifat Ar-Rahman Allah. 

Wallahualam.